Thursday, 23 July 2015

Hospital Melaka ,Hadiah Teragung dari Allah Hari Raya Pertama 2015

(Masa Menunggu Baby and Ummanya Keluar dari Wad bersalin)

Minal Aidil Wal Faizin Semua =)
Syukur Kita kehadirat Ilahi yang telah memberikan kita nikmat dan rezki yang mencukupi
Pejam celik dah raya ke 6 2015, Kebiasaan nya mcm biasa lah dok sebuk exspo nak mengemas barang untuk balik raya pada last ramadhan, tahun ni pulak ramadhan 29 jer, aku lak terpaksa beraya kat Hospital melaka raya Pertama tu, Ezan sakit pagi raya tu kul 5 pagi, dok tunggu sakit bersalin dan rahim buka bukan senang, yang menderitanya ezan la, 5 minit takde rasa sakit, 5 minit datang rasa sakit macam nak tercabut pinggang katanya, kesian and sedih bile tengok, dah la duduk dalam wad bersalin tu sorang-sorang jer, bile sakit tu tahan sorg-sorg, tak terbayang sakitnya, hanya Allah dan dia sahaja yang tahu..

Masa sakit kul 5 pagi tu aku masih kat exspo dok sibuk mngemas barang exspo, Iwan yang hantar balik rumah, die pon dok takut-takut coz tau ezan ngah sakit mcm nak bersalin, lepas hantar mai ke rumah, iwan hantar ezan kat umah mertua aku, dekat kul 6,30 pagi baru la aku balik umah tengok ezan ngah sakit, terkejut gak cz tengok mata die segar jer, rupanya sebab sakit perut and pinggang nak bersalin, dalam kul 7 pg lepas solat subuh ayah mertua da bawak ezan gi hospital, aku kene tinggal sebab nak ambik beg ezan, Ayah nak cepat cz takut apa-apa jadi, disebabkan aku takde kenderaan cz mama and farah pakai kete aku kene la tunggu mama atau farah, sambil tu aku makan dulu kat umah mama, ayah buat sop gear box baik nye, perut mmg da lapar cz mlm x makan, makan la sop lembu tu sampai kenyang, abis tu aku tunggu depan umah tengok2 kalau ada kete, tak sampai 15 minit mama dtg, kata mama , mama nak gi jugak, tapi aku suh mama rehat dulu petang nnti dtg pon takpe, cz nak tunggu rahim bukak anak pertama mmg lama, and makan masa, jadi aku gi la sorg2, sampai Hospital aku tengok ayah and mak tunggu aku, ayah suh aku daftar kat pejabat pendaftaran hospital tu, sambil tu tunggu ezan, kata mak ezan tu lapar tu, cz tak makan ape2 lagi dari malam td, kene pulak hari tu hari raya Pertama kan, mana ade kedai makan bukak, kedai kat depan hospital yang selalu ada jual macam2 tu pon tutup and siap bagi notis tutup sampai ahad ni,terpaksa la gi cari roti and air milo bagi ezan minum, aku dok tanya mak jugak, " mak and ayah tak nak makan ape2 ke? " kata mak takpe mak tak lapar, tanya ayah, ayah pon cakap macam tu, biasa tengok x dalam cerita ayah and mak tak selera nak makan bile tau anak sakit? ha ni Real Story, mmg kebiasaanya mak and ayah takde selera makan sebab risau tang anak nak bersalin, kalau aku agaknye? aku pi isi perut penuh2 dulu baru gi jaga ezan hehehe.

lepas belikan roti and milo bagi ezan isi perut aku kene tunggu luar cz nurse tak bg lepask lama2 dalam ruangan rehat bersalin tu, aku tido atas kursi tu dalam jam 9AM pg lebih agaknya, sedar2 dah kul 1PM petang, aku siap2 pi solat jumaat, sembahyang raya terpaksa tinggal cz menunggu ezan,

Lepas solat Jumaat ayah ada pesan suh solat Hajat untuk permudahkan ezan bersalin cz aku suami, insyaAllah lebih dipermudahkan kata ayah, aku pon solat and doa mcm ayah ajar tu, lepas jumaat dlm kul 2PM lebih , tunggu la lagi sampai la doc suh ezan gi wad tido, ezan kene pindah dari wad bersalin ke wad biasa cz dokter cek kata dah lama sangat tapi baru bukak 2 inci, jadi terpaksa la akur kata dokter tuh, masa bawak ezan gi wad biasa tu, ada 3 org yang mengandung sama2 masuk wad tu termasuk ezan, masalah nya 2 org tu rilex je, tak sakit ape2 pon, yang ezan ni tolak kerusi rodar nak ke wad tu pon dok ashik sakit je manjang, yg 2 org lagi tak sakit mana pon,tp terpaksa lah terima kan, kene la tido wad tp sekjap jerk, dalam 1 jam, Time mama dtg terus ezan keluar wad coz rahim da bukak 4 Inci, masuk balik wad bersalin, Dalam lepas Asar, aku pi surau bawah tu solat, lepas solat mama call coz nurse panggil katanya Suami dah boleh masuk untuk peneman..

 
(Selepas Selamat Bersalin)

Thursday, 9 April 2015

SEDIH ! Kasih Emak


Subhanallah Kasih Sorg Emak, tak dapat digantikan apa yang emak kita buat pada ketika dulu hingga sekarang, nak digantikan dengan apa yang pernah emak buat pada kita, tetap tak sama nilainya,
VIDEO atas ialah video UAI sedikit sebanyak memberikan kita satu peringatan untuk diri kita yang selalu alpa dan lupa, semoga Allah Taala memberikan kita nikmat mati dalam Islam dan diamponkan segala dosa-dosa kita, Aminnn Ya rabbal-alamin

Ajib Apa yg UAI kata, aku telah nampak depan mata aku sendiri sekarang, bagaimana Ayah aku menjaga nenek aku, Subhanallah.. Nenek aku bukanlah seorg yang makan banyak, tapi selera makan nenek aku juga ikut pada org yg hidangkan makan dan org yg temankan makan, kadang kala Adik-adik atau mak aku yg sediakan makan untuk nenek, tp nenek cume makan berapa suap aje, 
tapi kalau ayah aku yang hidangkan , subhanallah, berselera, tak tau apa yang ayah kata pada nenek,  tu la hakikatnya sampaikan nenek makan bertambah, lagi dan lagi, Macam 2 hari lepas aku balik ke rumah sebab nak tengok Bola Piala FA Kelantan VS Felda kalau tak salah, masa tu nenek tengah makan dengan ayah, ayah abis makan, ayah suruh aku tambah nasi, aku tengok pinggan ayah kosong, ingatkan tambah nasi untuk ayah, rupanya tambah nasi untuk nenek, padahal waktu tu aku tengok masih ada sikit nasi (3-4 suap) dalam pinggan nenek, Subhanallah..
Semoga kami sentiasa dijadikan org yang bertaqwa dan org yang mentaati pada ibu dan ayah..

Wednesday, 8 April 2015

Hakikat selepas kematian



Inilah di antara tulisan terbaik Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:
Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN.
Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari.....
Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.
Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dgn kepergianmu. Ekonomi akan tetap berlangsung! Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yg akan dihisab dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!
Kesedihan atasmu ada 3;
Orang yg mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan. Kawan2mu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa! Di rumah ada kesedihan yang mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun?? Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan....

Demikianlah "Kisahmu telah berakhir di tengah2 manusia". Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, AKHIRAT!! Telah musnah kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri tercinta. Kini hidup yg sesungguhnya telah dimulai.
Pertanyaannya adalah:
Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu??
Hakikat ini memerlukan renungan.

Usahakan dengan sungguh2;
Menjalankan kewajiban kewajiban, hal-hal yg disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal soleh, solat malam, Semoga engkau selamat.

Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini insyaAllah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat. "Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"
Allahurabbi... Kubur itu semakin dekat untuk didiami

Friday, 3 April 2015

The Flash Season 1

The Flash season 1

Pagi tadi aku baru je download episode 17 The flash
Dari episode 1 hingga la episode 17 semuanya best,
Takde 1 episode yang lembab jalan cite die,

Kalau x jumpa cara nak download, 
subtitle malay yang terbaik whatapps lah aku erk

Cerita dia dari mula hingga sekarang penuh dengan misteri, 
Nak ceritakan malas, pada sape yang nak tau tu
download la sendiri kat Show Box (Android)
semua cerita ada dalam tu, sebelum ni aku layan movie-movie yang ter lates 
tapi sekaranag layan the flash season ni pulok,

Ce tengok trailer the flash ni


Wednesday, 1 April 2015

MAKANAN CHAMPA - Daging sumbat peria

Malam tadi mak mertua masak Daging sumbat ,
Orang Melayu Champa je yg tau buat agaknye, 
tak susah pon sebenarnya nak buat, kene ambik tahu bahan jerk,
Simple tapi sedap, kene pulak ezan ngah pregnant, 
selera ngan sop-sop pulak tinggi, hehe

Peria ni mmg pahit sebenarnya, tapi tak tahu lah
camna mak masak kan, boleh jadi x pahit,
cicah iyamsin sikit untuk tambah perisa habis 1 setengah pinggan

kene hari tu ezan nak makan nasi arab, tapi aku kata nnti petang
last-last da lepas 2 hari x dpt lagi nasi arab, sian ezan.. ha


Thursday, 15 January 2015

PENYEBAB Utama Ezan Loya


Pinjam gambar google jap, 
Hari ni ezan tido, aku suh tido cz mak yg pesan kat aku suh ezan tido banyak sikit,
biasalah org pregnant kan, mcm baby sikit ape2 tak kene jerk perlukan tido yang cukup.
Masalahnya hari ni, tengah ezan tido aku datang kejap nak tengok takut2 die takleh nak tido kan,
dok sebelah jerk kot, tak sampai setengah minit die terbau aku, terus pi tandasssssss
Uerkkkkkkk uerkkkkkkkkk.. haaaahaa

Sian die sekarang takleh nak bau badan aku agaknye, lepas muntah lak,dan tiap kali lepas muntah
mesti ada bende kat tekak die, macam ada bende, tak selesa tang tu, die akan buat apa2 jerk, untuk bagi selesa sikit kat tekak tu, biasanya sapu minyak angin sikit, atau telan  nasi and minum air panas..
paling yg aku x bagi die buat tang masukkan jadi dalam2 ke tekak, erkk !!
tapi serius mmg kesian org2 yang pregnant ni, tang loya nye, tang muntah nye, tang lemah badan nye,
tang x selera makan nye, tang perassan nak tolong org buat keje nye, and macam2 lagi lah..

Macam mana lah mama aku dulu erk 7 org anak semuanya mabuk takleh nak campur dunia.. eheh
apa pon dah ade bini ni baru tau ape pengorbanan mama masa mengandungkan kiterorg nihhh
kalau xde bini takde la dapat rasa camni.. Moga Allah berikan kekuatan pada Ezan dan seluruh umat islam yang sama keadaanya, permudahkan urusan mereka, kuat kan tubuh badan dan diberikan kesihatan yang sihhah... Aminnnnnnnn

Tuesday, 13 January 2015

TERUJA Orang Baru



Alhamdulillah Syukur kehadirat Ilahi yang telah berikan kita nikmat yang tiada nilainya.
Hari ni hari rabu 14/01/15, Isnin lepas Aku And ezan pi Klinik Kesihatan kat dengan sekolah cina tu,
untuk buat buku Pink org mengandung, Sampai je sane kiteorg lah org fisrt sampai kat depan pintu tuh, Klinik tu pon masih belum bukak cz baru kul 7 pagi lebih, itu pon ezan takut kiteorg lambat, sampai pi beli nasi lemak bungkus makan kat depan pintu klinik tuh, 
takut tunggu lama la katakan,hehe 

Masa time pi jumpe Nurse pulak, kiteorg kene marah cz sebab apa dtg lambat sangat?
sampai da 3 bulan lebih da baru nak datang, ezan bagi alasan Mabuk hehe
Aku dengar buat tak tahu pape siap tanye, biasanya kene dtg lepas bape bulan ye kak? he

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, lepas periksa darah and urine, smuanya ok kata doc
tapi ada satu je tak ok, berat badan ezan , hehe ade ke patut 37.9 haa
Mana xnya ashik mabuk and muntah org patutnye makin naik, tapi nak buat camne kan muntah tu la yg melega kan sikit mabuk, penah sekali ezan muntah sampai sakit urat kat pinggang, takleh gerak, takleh nak bangun teruk la jugak, sian aku tengok camni ke mama mengandungkan aku dulu?

Untuk Baby dalam Perut tu semoga jadi org yg baik2 lagi solah or solehah.
Jangan nakal-nakal, buat umma sakit and pening, he .. Dulu masa baru tau kehadiran org baru dalam hidup ni Rasa gembira tu , Sangat tak terkira, Syukur sangat2 x terkata.. Allahhh.. 
Sekarang ni pulak dok tunggu lagi 6 bulan or 5 bulan lebih untuk bersalin, menghitung hari ..

Sebelum ni ayah dok pesan sellu la baca surah Yaasin, Luqman. Maryam. And Yusuf..
X baca2 ni.. Baca pon masa mule2 ari tu, adohaiii semoga aku punya kekuatan untuk Baca surah2 yang Agong tu, Aminnnnn