Showing posts with label PREGNANT. Show all posts
Showing posts with label PREGNANT. Show all posts

Thursday, 23 July 2015

Hospital Melaka ,Hadiah Teragung dari Allah Hari Raya Pertama 2015

(Masa Menunggu Baby and Ummanya Keluar dari Wad bersalin)

Minal Aidil Wal Faizin Semua =)
Syukur Kita kehadirat Ilahi yang telah memberikan kita nikmat dan rezki yang mencukupi
Pejam celik dah raya ke 6 2015, Kebiasaan nya mcm biasa lah dok sebuk exspo nak mengemas barang untuk balik raya pada last ramadhan, tahun ni pulak ramadhan 29 jer, aku lak terpaksa beraya kat Hospital melaka raya Pertama tu, Ezan sakit pagi raya tu kul 5 pagi, dok tunggu sakit bersalin dan rahim buka bukan senang, yang menderitanya ezan la, 5 minit takde rasa sakit, 5 minit datang rasa sakit macam nak tercabut pinggang katanya, kesian and sedih bile tengok, dah la duduk dalam wad bersalin tu sorang-sorang jer, bile sakit tu tahan sorg-sorg, tak terbayang sakitnya, hanya Allah dan dia sahaja yang tahu..

Masa sakit kul 5 pagi tu aku masih kat exspo dok sibuk mngemas barang exspo, Iwan yang hantar balik rumah, die pon dok takut-takut coz tau ezan ngah sakit mcm nak bersalin, lepas hantar mai ke rumah, iwan hantar ezan kat umah mertua aku, dekat kul 6,30 pagi baru la aku balik umah tengok ezan ngah sakit, terkejut gak cz tengok mata die segar jer, rupanya sebab sakit perut and pinggang nak bersalin, dalam kul 7 pg lepas solat subuh ayah mertua da bawak ezan gi hospital, aku kene tinggal sebab nak ambik beg ezan, Ayah nak cepat cz takut apa-apa jadi, disebabkan aku takde kenderaan cz mama and farah pakai kete aku kene la tunggu mama atau farah, sambil tu aku makan dulu kat umah mama, ayah buat sop gear box baik nye, perut mmg da lapar cz mlm x makan, makan la sop lembu tu sampai kenyang, abis tu aku tunggu depan umah tengok2 kalau ada kete, tak sampai 15 minit mama dtg, kata mama , mama nak gi jugak, tapi aku suh mama rehat dulu petang nnti dtg pon takpe, cz nak tunggu rahim bukak anak pertama mmg lama, and makan masa, jadi aku gi la sorg2, sampai Hospital aku tengok ayah and mak tunggu aku, ayah suh aku daftar kat pejabat pendaftaran hospital tu, sambil tu tunggu ezan, kata mak ezan tu lapar tu, cz tak makan ape2 lagi dari malam td, kene pulak hari tu hari raya Pertama kan, mana ade kedai makan bukak, kedai kat depan hospital yang selalu ada jual macam2 tu pon tutup and siap bagi notis tutup sampai ahad ni,terpaksa la gi cari roti and air milo bagi ezan minum, aku dok tanya mak jugak, " mak and ayah tak nak makan ape2 ke? " kata mak takpe mak tak lapar, tanya ayah, ayah pon cakap macam tu, biasa tengok x dalam cerita ayah and mak tak selera nak makan bile tau anak sakit? ha ni Real Story, mmg kebiasaanya mak and ayah takde selera makan sebab risau tang anak nak bersalin, kalau aku agaknye? aku pi isi perut penuh2 dulu baru gi jaga ezan hehehe.

lepas belikan roti and milo bagi ezan isi perut aku kene tunggu luar cz nurse tak bg lepask lama2 dalam ruangan rehat bersalin tu, aku tido atas kursi tu dalam jam 9AM pg lebih agaknya, sedar2 dah kul 1PM petang, aku siap2 pi solat jumaat, sembahyang raya terpaksa tinggal cz menunggu ezan,

Lepas solat Jumaat ayah ada pesan suh solat Hajat untuk permudahkan ezan bersalin cz aku suami, insyaAllah lebih dipermudahkan kata ayah, aku pon solat and doa mcm ayah ajar tu, lepas jumaat dlm kul 2PM lebih , tunggu la lagi sampai la doc suh ezan gi wad tido, ezan kene pindah dari wad bersalin ke wad biasa cz dokter cek kata dah lama sangat tapi baru bukak 2 inci, jadi terpaksa la akur kata dokter tuh, masa bawak ezan gi wad biasa tu, ada 3 org yang mengandung sama2 masuk wad tu termasuk ezan, masalah nya 2 org tu rilex je, tak sakit ape2 pon, yang ezan ni tolak kerusi rodar nak ke wad tu pon dok ashik sakit je manjang, yg 2 org lagi tak sakit mana pon,tp terpaksa lah terima kan, kene la tido wad tp sekjap jerk, dalam 1 jam, Time mama dtg terus ezan keluar wad coz rahim da bukak 4 Inci, masuk balik wad bersalin, Dalam lepas Asar, aku pi surau bawah tu solat, lepas solat mama call coz nurse panggil katanya Suami dah boleh masuk untuk peneman..

 
(Selepas Selamat Bersalin)

Thursday, 15 January 2015

PENYEBAB Utama Ezan Loya


Pinjam gambar google jap, 
Hari ni ezan tido, aku suh tido cz mak yg pesan kat aku suh ezan tido banyak sikit,
biasalah org pregnant kan, mcm baby sikit ape2 tak kene jerk perlukan tido yang cukup.
Masalahnya hari ni, tengah ezan tido aku datang kejap nak tengok takut2 die takleh nak tido kan,
dok sebelah jerk kot, tak sampai setengah minit die terbau aku, terus pi tandasssssss
Uerkkkkkkk uerkkkkkkkkk.. haaaahaa

Sian die sekarang takleh nak bau badan aku agaknye, lepas muntah lak,dan tiap kali lepas muntah
mesti ada bende kat tekak die, macam ada bende, tak selesa tang tu, die akan buat apa2 jerk, untuk bagi selesa sikit kat tekak tu, biasanya sapu minyak angin sikit, atau telan  nasi and minum air panas..
paling yg aku x bagi die buat tang masukkan jadi dalam2 ke tekak, erkk !!
tapi serius mmg kesian org2 yang pregnant ni, tang loya nye, tang muntah nye, tang lemah badan nye,
tang x selera makan nye, tang perassan nak tolong org buat keje nye, and macam2 lagi lah..

Macam mana lah mama aku dulu erk 7 org anak semuanya mabuk takleh nak campur dunia.. eheh
apa pon dah ade bini ni baru tau ape pengorbanan mama masa mengandungkan kiterorg nihhh
kalau xde bini takde la dapat rasa camni.. Moga Allah berikan kekuatan pada Ezan dan seluruh umat islam yang sama keadaanya, permudahkan urusan mereka, kuat kan tubuh badan dan diberikan kesihatan yang sihhah... Aminnnnnnnn

Friday, 19 December 2014

2 Bulan 2 minggu 5 hari..

Alhamdulillah 
Hari nie semua kerja aku dan ezan aku berjalan lancar, semimggu ni kiteorg jual online baju kurung and kurumg moden 3psg rm100 banyak la jugak org order and buat payment terus hari nie, Jadi esok sabtu, terpaksalah aku pos baju4 tu, semalam baru je pos, esok da kene pos lagi


Hari ni aku x pi kedai pon, kiteorg gi hantar borang deposit hang tuah mall nye esxpo kat Mbmb,lepas tu sarapan kat situ gak, abis makan pi mitc, aku hantar ezan kat kedai and aku pi solat Jumaat, abis solat Jumaat kedebak gedebok, aku pi buat report tang kedai Mama ni kene block ngah kemah penyewa nih, ade ke patut meniaga Tapi blok kedai org kan? Hhee lama la jugak aku bincang ngan akak perbadanan tuh, abis smua perbimcangan tuh, aku ajak ezan makan kat D,Sawah corner, yang sebenarnya ezan ni xmo makan pon sebab loya, Tapi pandai la pujuk kan suh makan gak, x kire lah sikit ke banyak, hehe ni la fisrt time aku bawak ezan makan sini, ezan makan roti telor and cendol, aku mkan roti kosong 2 keping and teh tarik, xda apa pon yg menarik erk, ezan ni x kire la apa aku buat tuk die Walaupon tolong ambikkan air kosong,ade satu tabiat yg buat org suke die agaknye, die akan ucap "Terima kasih"
Apa2 la aku buat, bawak gi makan ke, gi beli.barang ke, gi sarapan ke, "terma kasih abg" ni x Tinggal, kdg4 aku trfikir kaLimah tu simple and pendik je sebenarnya Tapi hakikatnya itulah tanda2 seseorg itu sangat menghargai apa yg kite buat untuk nya, Jadi secara automatic aku pon trikut macam tu, hehehhe 

Saturday, 13 December 2014

Bulan Ke 2 pregnant, Mual @ Loya


بسم الله الرحمن الرحيم 
.................................................

Syukur kehadirat Allah subhanahu wataala
Yang memberikan kita nikmat Islam..


Hari ni genap 2bulan 12hari,
Hari isteriku yang satu ni pregnant,
3 hari lepas tengah-tengah borak,
Tibe-tibe mnx roti john,
Mana nak cari roti john kul 1 pagi kan,
Jawabnya terpaksa la tahan,
Tapi esoknya permintaanya pon,
Ditunaikan, aku beli roti john area
 rumah athe, selama ni aku x tau pon 
Kat situ ada roti john, ezan la yg bgtau..
Hheheheh

2 hari lepas pulak die loya
Dengan aku, pulak dah..
Pelik tp tu la yang aku rasa..
Suami x Suami, loya tetap loya
Walaupon kdg3 fikir x masuk dek akal
Camne boleh loya ngan Suami sendiri kan.
Nak kata busuk, x busuk pon aku ni
Hhehehehe

Hari ni Dan semalam start Mual dari pagi 
Sampai ke petang, tak tau nape blh Jadi
Camtu, tak tau camne nak mengkaji dah.
Tapi sblm ni tiap hari aku tanye.
Dah mcm doctor 😷 , 
Tapi yg tu aku pakai software hp la
Tanya ni Tanye tu


Apa pon aku harap 
Semoga Allah Taala permudahkan segala urusan Dan ujian ntuk isteriku,
DiberIkan kekuatan Dan ketabahan
Yg tinggi, dikurniakan kesihatan selama pregnant nie, Dan 👶 baby pon begitu,
Aminnnnn