Thursday, 9 April 2015
SEDIH ! Kasih Emak
Wednesday, 8 April 2015
Hakikat selepas kematian

Monday, 5 January 2015
TAHUKAH anda kehidupan kita bergantung pada apa?
Hidup yang kelam kabut datang dari solat yang kelam kabut,
Hidup tak menentu datang dari solatnya yang tak menentu,
Hidup yang celaru datang dari solatnya yang celaru,
Hidup tiada keberkatan datang dari solat yang tak diberkati,
Hidup serba lengkap tapi hati tak pernah puas, datang dari solat yang tak lengkap (ponteng dan tinggal),
Hidup yang x tenang datang dari solatnya yang tiada tama'ninah,
Hidup bermasalah datang dari solatnya yang bermasalah.
Hidup yang cemerlang datang dari solatnya yang cemerlang,
Hidup yang tenang datang dari solatnya yang tenang,
Hidup yang diredhai datang dari solatnya yang diredhai.
"sesungguhnya BERJAYALAH orang2 yg beriman. Iaitu mereka yg KHUSYUK dalam SOLAT yg mereka lakukan" - (Al-Mu'minuun:1-2)
Jom perbaiki solat kita dan ingatkan yg lain.
Sebarkan demi Islam tercinta
Saturday, 13 December 2014
3 Perkara yg patut kita Suka
Pada suatu hari Rasulullah saw duduk bersama sahabatnya & bertanya kepada mereka. bermula di tanyakan kepada Saidina Abu Bakar:
Rahsia Zuhud Hasan Basri

Hasan Basri ditanya: Apa rahasia zuhudmu di dunia ini?
Saturday, 6 December 2014
Bersatu lah Wahai saudara ku

Thursday, 4 December 2014
Pengalaman Berniaga
Monday, 1 December 2014
Tausiah Habib Omar Di masjid Gong badak
Perkongsian Tausiyah Al Alim Al Allamah Habib Umar Al Hafiz di Stadium Tertutup Gong Badak..
.
Allah Taala menyimpan hidayahnya kepada segala para Nabi Dan Rasul yang diakhiri dengan Nabi kita Sayyidina Muhammad SAW..
.
Dijadikan telinga supaya mendengar yang membawa kepada hatinya juga mendengar.
Bagi mereka yang mendengar dan melaksanakan apa yang didengar maka diangkat darjatnya.
.
Celakalah mereka yang mendahulukan sesuatu perkara selain daripada Allah subhanAllah Taala
Berapa ramai orang yang hadir ke majlis sebegini tetapi hatinya tidak mahu mendengar..
.
Jangan kamu ikut seorang yang memerintahkan kamu membuat maksiat kepada Allah kerana sesungguhnya ia adalah musuh kepada kamu..
Barangsiapa yang menipu kamu dengan tipu muslihat maka itu adalah musuh kamu..
Sesungguhnya penasihat yang terbaik bagi kamu ialah Nabi Muhammad SAW.
.
Hidupkanlah sunnah Nabi Muhammad SAW di dalam rumah rumah kamu...
Dirikanlah kerajaan Rasulullah SAW di dalam rumah kamu..
Orang kafir menggalakkan orang islam supaya menonton cerita cerita yang tidak baik, pakaian yang tidak baik, perkataan yang tidak baik, barangsiapa yang membiarkan perkara ini ada di dalam rumahnya maka ia sedang mendirikan kerajaan kekufuran di dalam rumahnya.
Jangan ada orang dikalangan ahli keluargamu mengikut jejak langkah orang kafir.
.
Bukanlah kemuliaan seorang itu bilamana ada teknologi canggih, aircond di dalam rumahnya, tapi kemuliaan seseorang itu bilamana Al quran di baca di dalam rumahnya, dihidupkan sunnah Rasulullah Saw di dalam rumahnya.
Sungguh rugi mereka yang memuliakan sesuatu yang tidak ada hakikat wujudnya.
Tiada nasib yang baik akan memihak kepada seseorang sehingga mereka mengikut jejak langkah Rasulullah SAW.
.
Berapa banyak kita tertipu dengan nama, pangkat yang pada hakikatnya tidak bernilai.
Siapa yang tidak merendahkan dirinya kepada Allah maka dia akan dihinakan oleh Allah di dunia dan di akhirat!!
.
Siapa yang merendahkan diri bersungguh2 di dunia maka di akan dimuliakan Allah di Dunia dan di Akhirat.
Orang yang paling tinggi kemuliaannya disisi Allah ialah orang yang paling merendah diri terhadap Allah..
.
orang Yang mengamalkan sunnah Rasulullah adalah Orang Yang mencintai dan Yang Paling Rapat Dengan Baginda di Akhirat nanti
.
subhanAllah Alhamdulillah Allahuakhbar :')
Allahumma Solli Alaa sayyidina Muhammad wa Ala Ali sayyidina Muhammad

