Thursday, 4 December 2014

Pengalaman Berniaga


Bisnes.. 
Sebenarnya aku ni org yg malas nak update and ambik gambar
tapi bisnes nye pasal , kadang-kadang paksa la diri ambik gambar sikit-sikit
bisnes ni bukan bisnes aku sendirian pon,
tapi tolong mama, nak majukan bisnes, boleh la dikatakan
keje dengan mama sendiri la kan, hehe

Macam biasa nak meniaga ni kadang-kadang ok
kadang-kadang jugak k.o yang penting tawakkal jelah
dalam aku perhatikan org sekeliling kadang-kadang
sama-sama muslim, sama-sama melayu tapi nak berdengki, pelikkkk
tapi tu lah hakikat hidup kat dunia nih

aku teringat pesan Habib Omar malam tu
" Jikalau seseorg muslim mengetahui hakikat sebenar KASIH SAYANG
maka tidak ada diantara kamu untuk saling memfitnah" 
Subhanallah, teringat lagi aku hafal hadis pendik-pendik dulu
masa dekat Dar, ada satu hadis tu lebih kurang maknanya :

"Tidak beriman diantara kamu jika tidak menyayangi saudara kamu lebih dari 
diri kamu sendiri" Allahuakbar, tu lah kalam dari saiyidina
Muhammad SAW Nabi kita.. 

jadi? yg tu lah yg paling patunya ada dlm diri kita
KASIH SAYANG ANTARA MUKMIN

Rezki tu di tangan Allah, x usahlah kite nak dengki
sesama islam dan yang bukan islam,
Semoga kite diberikan kekuatan untuk beramal dengan apa yang 
baik, yg tertulis didalam blog ini insyaAllah
dan apa yg buruk tu datang dari diri aku sendiri..
Semoga Allah memberkati kehidupan kite sebagai org yg beriman terhadapnya..
Aminnnn ya Rabb

Tuesday, 2 December 2014

My Little Brothers

   


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 
Dah lama aku x jumpe adik aku sorg nih,
Muhammad aiman syouqi,
Ni adik aku yang ke 6 dulu budaknye comel jerk sebenarnye.
Tapi semenjak Dah besar sikit nih, time4 umur 10tahun 
Da pandai berjalan dan mengilangkan diri pulok.
Tapi aku respect ngan adik aku yg sorg nih,
Dulu time die belajar akedemik,  hampir semua keje sekolah
Yang cikgu BAGI die selesaikan, kalau x diselesaikan mau 
Nak kenangis JE muke, pelajaran die bagus tp
Disebabkan die sng bergaul dengan kawan2 yang perangai x elok skit
Terpaksalah ayah aku hantar die pi tahfiz kat masjid tanah
Elok la InsyaAllah baru jadi org sikit kan hehehe
InsyaAllah mana tau ada rezki
Allah pilih die jd satu org hafizul Quran kan?
Xke bertuah mak Dan ayah aku 
Aku tumpang gembira, jangan jdi cam aku sudah la.


Gambar kat water world melaka
2014
Si Abg hitam (aiman)
Sia adik bongsu orenge (syafiq)



Peace ✌ 





Selamat berjuang my little brother.. 
Semoga Allah permudahkan SEGALA urusanmu

Aminnnnn

Monday, 1 December 2014

Bumi diserang Titan 2018?


Jangan terpengaruh ngan tajuk ye hahah
saje nak bagi terkjut skit, korang peminat anime ke?
Siapa peminat tegar anime mesti tetungu-tunggu cerita nih..
Aku sebenarnye tak tau ape pon tang jalan cite nih..
tapi adik aku No2 si Kakngah & Kakwan dok cite tang anime nye..
katanya mmg best gilo, aku tengok gambar pon mmg nampak cam best gilo-gilo.. haha

adik aku kakwan kata harap2 tak macam cite +Blood lah ye
dalam anime bukan main, tapi movie hampus..
macam tu jugak Dragon Ball, Hancur !!
Ade ke patut Goku berlatih atas tali? die ingat goku belajar Taichi ke apa?
Hampasss, Dalam2 banyak movie grafik paling aku ingat cite Pedang setiawan jerk..
itu mmg terbaik.. sesuai dengan watak2 yg diambil.. nampak gaye jepang ngan china je
yang sesuai dengan anime2 nih, cz mmg anima asal dari sana kan.. haa

Ceritanya Titan datang menyerang bumi sampaikan 
manusia hampir musnah dan pupus disebabkan titan..
muncullah hero-heroin dengan equip perang nya lagi bergaya..

Sanggup ke tunggu cerita nih erk?

Tausiah Habib Omar Di masjid Gong badak

Perkongsian Tausiyah Al Alim Al Allamah Habib Umar Al Hafiz di Stadium Tertutup Gong Badak..
.
Allah Taala menyimpan hidayahnya kepada segala para Nabi Dan Rasul yang diakhiri dengan Nabi kita Sayyidina Muhammad SAW..
.
Dijadikan telinga supaya mendengar yang membawa kepada hatinya juga mendengar.
Bagi mereka yang mendengar dan melaksanakan apa yang didengar maka diangkat darjatnya.
.
Celakalah mereka yang mendahulukan sesuatu perkara selain daripada Allah subhanAllah Taala
Berapa ramai orang yang hadir ke majlis sebegini tetapi hatinya tidak mahu mendengar..
.
Jangan kamu ikut seorang yang memerintahkan kamu membuat maksiat kepada Allah kerana sesungguhnya ia adalah musuh kepada kamu..
Barangsiapa yang menipu kamu dengan tipu muslihat maka itu adalah musuh kamu..
Sesungguhnya penasihat yang terbaik bagi kamu ialah Nabi Muhammad SAW.
.
Hidupkanlah sunnah Nabi Muhammad SAW di dalam rumah rumah kamu...
Dirikanlah kerajaan Rasulullah SAW di dalam rumah kamu..
Orang kafir menggalakkan orang islam supaya menonton cerita cerita yang tidak baik, pakaian yang tidak baik, perkataan yang tidak baik, barangsiapa yang membiarkan perkara ini ada di dalam rumahnya maka ia sedang mendirikan kerajaan kekufuran di dalam rumahnya.
Jangan ada orang dikalangan ahli keluargamu mengikut jejak langkah orang kafir.
.
Bukanlah kemuliaan seorang itu bilamana ada teknologi canggih, aircond di dalam rumahnya, tapi kemuliaan seseorang itu bilamana Al quran di baca di dalam rumahnya, dihidupkan sunnah Rasulullah Saw di dalam rumahnya.
Sungguh rugi mereka yang memuliakan sesuatu yang tidak ada hakikat wujudnya.
Tiada nasib yang baik akan memihak kepada seseorang sehingga mereka mengikut jejak langkah Rasulullah SAW.
.
Berapa banyak kita tertipu dengan nama, pangkat yang pada hakikatnya tidak bernilai.
Siapa yang tidak merendahkan dirinya kepada Allah maka dia akan dihinakan oleh Allah di dunia dan di akhirat!!
.
Siapa yang merendahkan diri bersungguh2 di dunia maka di akan dimuliakan Allah di Dunia dan di Akhirat.
Orang yang paling tinggi kemuliaannya disisi Allah ialah orang yang paling merendah diri terhadap Allah..
.
orang Yang mengamalkan sunnah Rasulullah adalah Orang Yang mencintai dan Yang Paling Rapat Dengan Baginda di Akhirat nanti
.
subhanAllah Alhamdulillah Allahuakhbar :')
Allahumma Solli Alaa sayyidina Muhammad wa Ala Ali sayyidina Muhammad

Tausiah Habib Omar di masjid Muadz Bin jabbal



Tausiyah disampaikan oleh al Habib Umar sempena Maulid Bulanan di Masjid Muadz bin Jabal 28/11/2014 .
Mlm tadi...

* Mari kita kembali kpd sifat2 mukmin.
* Mengasihi org2 yg beriman dan kafir.
* Moga Allah anugerahkan hakikat iman kpd kita.
* Membenci kpd org yg hampir kpd Allah adalah sifat nifak. 
* Sabda Nabi s.a.w : " Cukup ssorg itu hina apabila dia menghina org lain ." 
* Ada golongan yg meninggikan sahabat tapi membenci sahabat yg lain . 
* Tidak digolongkan sbg rafidah bila dia mencintai saidina Ali dll...
* Bkn termasuk dlm ahli sunnah yg kasih sahabat dan benci ahli Bait.
* Ada pihak yg timbulkan fahaman yg keliru . Tanda kiamat ialah muncul org2 yg mempermainkan agama.
* Sejak dulu ada org yg mempermainkan agama. Seperti ada yg mendakwa agama ini daripada Saidina Ali .
* Moga kita dikurniakan kasih sayang kpd semua org yg beriman yg am dan khusus .
* Semoga Allah menghimpunlan kita bersama mrk para anbia dan solehin.
* Moga Allah memberikan penghujung hidup kita dgn kasih kpd mrk yg beriman.
* Kata Imam Syafie : " Saya kasihkan org soleh walau saya bkn tergolong dlm klgn mrk . Mudah2an saya mndpt syafaat drp mrk. "
* Merendahkan org2 mukmin bkn sifat org yg beriman.
* Jadikan kami org2 yg dikasihi Mu..
* Allah menjanjikan kpd org2 beriman akan syurga dan keredaan drp Allah yg lbh besar .
* Alangkah bersihnya pemberian drp Allah .
* Tiada apa2 pemberian yg dapat menandingi pemberian Allah .
* Jadikan kami org2 yg dikabulkan Mu...
* Smoga Allah pertemukan kita dgn Nabi s.a.w
* Alangkah bertuah mrk yg dpt melihat wajah Nabi s.a.w
* Anugerahkan kami utk melihatMu...
* Semoga Allah merahmati kaum Muslimin dan angkatkan fitnah drp mrk .

Masalah hati kita dan solat jemaah


Alhamdulillah Syukur kehadirat ilahi yang memberikan kita hidayah,
Ia satu nikmat yang teragung kerana Allah Masih Sayang pada Kita.
Aku nak kongsikan hari ni pasal solat jemaah
Satu Peringatan untuk hati ini yang kadang-kala malas
yang kadang kala lemah untuk pergi menunaikannya 5Fardhu Secara berjemaah,
Kawan-kawan Solat Jemaah tu tak semestinya dilakukan pada awal waktu
Ia tetap boleh dilakukan walaupon solat itu khodo'(Mengganti solat yang terlepas)
dan ia tetap boleh dilakukan setiap masa
Asalkan ada 2org dah mencukupi
Apa yang aku nampak hari nie solat jemaah dilakukan pada awal waktu jerk
Lepas tu,KALAU DATANG 15 ORANG PON 
SEMUA SOLAT SENDIRIAN

Perubahan Kita bergantung pada Amal kita?

Aku tak ingat siape punya idea..
Kate kita ni asalnye monyet..
Kebodohan apekah itu.. haaa
Ape pon..
Walau gambar atas ni nampak lucu..
Tapi sebenarnye..
Ade positifnye bagi kita..
Jangan la anggap kite ni asal kambing..
Tapi kita ni asal Manusia..
tapi berubah menjadi kambing..
Sebab nye..
Kambing tu lebih baik dari kita..
Bile solat kite abaikan.
Mesti kambing tu lagi baik dari kita..
Bile Dosa kite lakukan..
Tanpa penyesalan..
Sedar tak sedar kite da lebih terus dari kambing..

Moga Allah Memelihara Iman Kita..
Moga Allah Matikan kita dalam Husnul Khotimah..
Amin...