Showing posts with label 2012. Show all posts
Showing posts with label 2012. Show all posts

Monday, 1 December 2014

Suasana berbuka Dataran shahbandar terengganu

Alhamdulillah,Allah telah pertemukan kita dengan bulan ramadhan.. Walaupon telah banyak waktu dibuang dengan sia2.. InsyaAllah Moge Kesemua amalan baik dapat d teruskan pada bulan2 berikutnya..
Tak sangka sungguh meriah suasana berbuka kat sini..
Mungkin ini kali pertama dan terakhir aku dapat lihat suasana begini.. 
Dah jadi adat org terengganu agaknye berbuka macamni..
Ape pon teruskanlah org terengganu..
Dengan suasana gembira begini..
Dan berbanggalah.. Cz kat tempat lain atau negeri lain.. Mungkin takde mcm yang kita dpt lihat dan rasa dengan suasana macam ni..

Lokasi Dataran Shahbandar
kalau kat tempat aku melaka ko bukak puasa gini
mau org kate takde umah agaknye diorg nih.. haha




Sunday, 30 November 2014

Zaman kita ialah zaman teknologi membunuh?



Excident..
Dengan teknology yang kita ada sekarang..
mungkin kita tidak tahu..
Kita hidup pada zaman teknology yang risiko excidentnya 
semakin tinggi setiap hari..

Salah siapakah sebnarnya?
Minggu lepas Kali kedua aku menyaksikan org excident motor dalam keadaan nazak..
Darah mengalir dari kepala dan telinga si Mangsa..
Tarikan dan hembusan nafas di tarik dan dilepaskan dengan amat panjang
Munkinkah Ajalnya sudah amat terlalu dekat sekarang..
Dimana Rohnya dan Perasaannya Ketika itu..

Aku cuba perhatikan mangsa mungkin berumur bawah dari aku..
Dalam Hatiku Sebak.. Allah Taala Hampir Memanggilnya..
Moga Dia berada dalam org2 yang Allah Taala Redho..

Terdetik dalam hati aku seketika..
Sudah cukupkah Amalan-amalan aku..??
Sudah Bertaubatkah Aku dengan dosa-dosaku dan Kesalahanku..??
Sudah Ingatkah aku Dengan Hafalan Al Quran Ku

Ya Allah Jngan kau Ambil Nyawaku dengan musibah ini Ya Allah
Peliharalah Kami dari Musibah Excident ini Ya Allah
Kerna Ku takut Dengan Mati Yang mengejut Begitu Ya Allah
Panjangkanlah Umur Kami Ya Allah
Aminn..

Kembara ku di tanah haram


Alhamdulillah,Allah telah memanggil kami untuk menziarahi tanah haram
Tanah yang di mana lahirnya Rasullallah SAW
Tanah Yang di mana tercatat berjuta kisah keagungannya
Tanah yang di mana kesemua muslimin dan muslimat sangat ingin menapakkan kakinya

Ku kongsikan sedikit memoriku 
satu tapak demi satu tapak untuk mencari kerodhoannya

Macam biasa setiap orang akan bergambar dengan family masing-masing
sebelum meninggalkan family yang tersayang
Anak-Anak mungkin akan menangis sebab ayahnya pergi jauh
tanpa ia tahu apa tujuan ayahnya
tapi satu hari nanti ia akan tahu dimana tempat ayahnya pergi itu
ia akan tersangat ingin pergi untuk memahami dan merasa tujuan dan hikmah ayahnya 


Selamat tinggal tanah airku
Moga pemergianku ini untuk menyambut seruannya makbul dan diredhoi


kali pertama kujejakkan kaki di bumi penuh barakah
di uji dengan pelbagai karenah manusia
antaranya tersangkut berjam2 untuk Cop passport
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar selepasnya



Sebenarnya perjalanan kami dari Madinah ke makkah
kami bermalam di madinah 4 malam
antara jadual yang di aturkan untuk kami

1-Ziarah Baqi' yang dimana ianya tempat disemadikan orang2 yang meninggal di madinah
kebanyakkan jasad yang genap 6 bulan akan digali kembali kuburnya dan di letakkan ke satu tempat lain,Kecuali jasad-jasad yang tak hancur
Di Baqi' juga ada kubur Sayidina Othman RA
2-Di madinah juga kita dapat ziarah Masjid Qiblatain (Masjid 2 kiblat)
yang mana kisahnya Allah memerintah Rasullallah SAW dan para sahabatnya menukar kiblat yg Rasullallah Suka iaitu Kaabah baitulllah Al haram..
3-Tempat ziarah di madinah juga termasuk Jabal Uhud,iaitu gunung uhud yang di mana termaktub dalam sejarah Islam ramai para sahabat yang shahid di uhud disebabkan helah kaum muhsrikin yang serang dari belakang oleh tentera yang dibawa oleh Khalid Al-walid.. Perang tu kaum muslimin hampir kalah disebabkan tak mengikut pesan Rasullallah SAW.. 


4-Ni Ziarah yang baru sahaja di tertibkan..
Tempat Magnet yang baru dijumpai oleh ahli Madinah
korang nak tau,kawasan nie ialah kawasan magnet yang tak tau dari mana die tarik
Hebat ciptaan Allah..
dekat sini dieorg akan tunjuk mcmne magnet tu tarik..
bile driver bas bawak korg selaju 60km sejam,die akan padam enjin
dan korang akan rase mmg enjin dipadamkan..
tapi bas tu bergerak makin lama,makin laju sampai 130km..
mase nak pergi sane mmg berat n susah cz korg nak ke depan tpi die tarik ke belakang..
tapi mase nak blik senang jerk..
pernah terjadi satu kisah kat situ,seblum orang buat jalan raya..
org kat situ pelik kereta dieorg hilang,cari punye cari kesan tayar rupenya ade kat tempat lain x jauh dari situ..
hari lain die parking kat situ lagi,sekali tengok dengan mata sendiri kereta tu bergerak sikit demi sedikit..
sampaikan org hebuh bgtau ..
INI TEMPAT JIN.. haha


Selamat Tinggal Rasullallah SAW
Habis ziarah madinah,sampailah tujuan kite yang sebenar
iaitu buat Umrah.. Dalam perjalanan Madinah ke Makkah,
Kiteorg niat Ihram dekat Bir Ali,( Telaga Ali)
Dari sini lah kite kene jaga pantang larang Ihram ha


Kebiasaannya kiteorg buat Umrah 5 hingga 7 kali
dalam tempoh yang ada di makkah tu..
Buat la berapa2 yang mampukan..
Okey ni korg mesti tau.. tempat dimana Nabi Adam & Siti Hawa bertemu
Tempat sejarah bagi umat Islam..
JABAL RAHMAH..
Tempat Dimana takkan sah satu org buat HAJI kalau tak pijak kaki nye kat sini dengan waktu tertentu..
Jadi sape dtg buat umrah rugi la tak datang sini,he


JABAL RAHMAH

MINA..
Nie tempat muwajibat bgi org yang buat haji
jadi dieorg kene tidur dekat sini agaknye,
kalau tak salah la..

SUBHANALLAH
Kalaulah umat islam dapat bergabung dan satu hati
pastinye kite lah yang Memimpin Dunia
Dengan Kalimah Tauhid kite menjadi Bendera

Takleh bayangkan berjuta-juta,
mungkin berbilion umat islam berkumpul disini
cume untuk menunaikan kewajipan seorg muslim & muslimat


Antara Program Ziarah
tengok kandang unta and minum air susu unta
nak pesan sikit.
air susu unta mmg sedap.. cz takde bau ape2..
tapi jangan beli banyak2 cz tempoh basinye 3jam jerk
kalau tak letak dalam peti sejuk..
kalau dalam peti sejuk cuma tahan 2 hari jerk


Ha ni la org Kampung aku yang sama2 gi 
kalau korg nak tau bg prempuan
kebanyakannya MASIH BUJANG tau
haha
GURAU..


bile takde keje kite main teka teki macam nie.
Cube cari mana Aku? ha


Antara Program Ziarah Ni la
Ziarah Sejarah
Peninggalan Kaabah Sebelum2 nie




Antaranya sarung batu Hajar Aswad
yang sekarang nie baru
nie Yang lame nye


Nie Kelambu Kaabah,warna HIJAU..
Sekarang kite cume pernah tengok warna Hitam jekan


Kelambu kaabah warna MERAH


Madinah Al munawwarah


Akhirnya kami meninggalkan Makkah dan Madinah
Tempat Yang Penuh Bersejarah Umat Islam Yang Terunggul
Moga Satu Hari nanti Aku bisa Kembali
Menziarahi Mu Rasullallah SAW
Menziarahi Masjid Mu Rasullallah SAW
Menzirahi Baitullah Al Haram
Tempat Lahir Mu Makkah dan Kiblat Umatmu Kaabah
Aminnn Yaa Allah

Apa yang best jadi pengapit ??

Pengalaman jadi pengapit takde ape yang mendebarkan pon
cz pengapit bukan macam pengantinkan
kalau pengantin,ade org baru kat sebelah
mule ade peneman hidup baru
jadi ape nak berdebar lagi 
suami & isteri pegang tangan
same2 tenangkan diri supaya tak gabra kan,ha
Nak tau ape yang BEST jadi pengapit????
BACA & TENGOK PIC sampai abis

Mama ke Baitullah Al haram 2012

Tahun 2012 mama ku pergi ke makkah menunaikan umrah bersama-sama nenek,makcik dan pakcik
Dengan Rindu terhadap Baitullah Al-haram
Dengan Rindu terhadap
Imam Kita
Yang rindunya kepada kita tak dapat dinilaikan dengan rindu kita
Yang sentiasa memikirkan kita ketika hidupnya
yang sentiasa memikirkan nasib kita dalam hidupnya
yang mana hidupnya di dunia fana' ini bagaikan hidup untuk kita saja
 Walhal,Dunia ini dan isinya tak akan diciptakan
Jikalau tiada kewujudannya

Dialah tempat kite mendapat syafaat
Ketika seluruh manusia dalam kesusahan di padang mashar
Ya Rasullallah kami bersyukur dengan syukur yang paling tinggi
kerana menjadi umatmu dengan nikmat islam
Tetapi kami malu menjadi umatmu Ya Rasullallah
Halusnya Iman kami bagaikan nipis kulit bawang yang tiada nilai
Kami terlalu senang untuk lupa dan alpa dengan nikmat dunia ini
 selawat atasmu terlalu sedikit dibandingkan masa yang panjang telah kami lalui
walhal,kami telah mengetahui yang selawat mu SATU KALI
ALLAH TAALA sendiri selawat keatas kami SEPULUH KALI
dengan sebab SATU KALI Selawat keatas mu itu


Bagaimana Ibuku bisa menziarahi mu
moga satu hari nanti aku juga bisa menzirahi mu
dan melihat Kaa'bah dengan mata kami ini
Itu lah Kaabah kami
yang telah menjadi kiblat kepada kami
tempat dimana kami disyariatkan untuk dijadikan kiblat untuk seumur hidup kami

Sam di rumah nenek 2012

Godek punye godek rupenye bnyak sangat gambar2 lame
Walau tinggal Memori update jugak lah mule hari nie
Beratus ke beribu gambar dalam hard dist
NIe story aku tang Sam datang kampung
tak sangka sam sangggup datang kampung yang takde ape ni
mase ni tahun tahun kegemilangan sam lak tu
Ape pon TQ banyak Pada Sam cz blh dtg sini